DiLea Sej sesi 1 - 10
7 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 September 2025, telah berlangsung DiLea Sej sesi 1 - 10. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 02:15 petang sehingga pukul 03:15 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, GURU DiLea mengajar bab 7 mengenai perpaduan dan integrasi nasional, kesan dasar british dan mempekasa perpaduan. Selain itu, GURU DiLea mengajar bab 7 mengenai dasar pendidikan kebangsaan seperti Laporan Rahman Talib, Laporan Jawatankuasa Kabinet, FPK dan Akta Pendidikan 1996. Antara lain, GURU DiLea mengajar bab 7 mengenai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Perpaduan, antaranya adalah Akta Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi Pentadbiran dan Memperkasa BM dalam Sistem Pendidikan.
Dengan adanya kelas seperti ini, dapat menggalakkan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak DiLea.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: